Kenaikan harga barangan tidak boleh dibendung kerana ia seiring dengan kadar kenaikan harga minyak. Oleh kerana kita semua adalah pengguna, jadi kita tidak dapat lari daripada merasa bebanan akibat kenaikan harga barang ini. Oleh itu, untuk menghadapinya kita perlu berjimat dan ‘berkira’ ketika berbelanja. Kalau dulu, berjimat-cermat hanya dilafazkan di bibir sahaja. Kini kamu perlu lebih bersungguh-sungguh mengamalkan setiap sikap berjimat cermat ini dalam setiap aspek. Sebagai contoh, jika dahulu kamu berjimat dari segi penggunaan petrol sahaja kerana harganya yang sering meningkat, kini kamu harus mengurangkan makan di luar, mengurangkan membeli barangan ‘basah’ di pasar raya, sebaliknya belilah di pasar-pasar tani dan jika boleh bawa bekal setiap hari ke pejabat. Ini semua untuk mengurangkan pembaziran yang selama ini berlaku pada kamu.
Perancangan yang teliti
1. Untuk memastikan beban kenaikan harga itu dapat diminimumkan, perancangan kewangan yang tepat sangat penting.
2. Pengurusan kewangan yang bijak turut mengambil kira berapa jumlah simpanan yang kamu ada. Dalam erti kata lain, pendapatan kamu setiap bulan perlulah diagihkan kepada dua bahagian iaitu simpanan dan perbelanjaan.
3. Dalam era kenaikan harga barang yang tidak konsisten ini, mahu atau tidak, kita perlu menjadi pengguna yang bijak. Ini semua memerlukan pengorbanan
Oleh itu, jadikanlah sedikit panduan dari eMaklumat ini untuk kamu menjadi pengguna yang lebih bijak dan matang dalam pengurusan wang!
Tips untuk kaya
1. Simpan sekurang-kurangnya satu per sepuluh daripada pendapatan kamu setiap bulan.
2. Kawal perbelanjaan dan elakkan dibebani hutang yang tidak perlu.
3. Melabur secara tetap tanpa mengira pesaran naik ataupun turun.
4. Lindungi apa sahaja aset yang kamu miliki melalui kepelbagaian pelaburan.
5. Dapatkan nasihat profesional tentang pengurusan kewangan kamu.
6. Sediakan pelan tindakan dan patuhi pelan tersebut.
Carian Maklumat:
- duit
Leave a Comment