10 Bangunan Tercantik Di Dunia

Jika kita ditanya tentang bangunan-bangunan tercantik di dunia, biasanya yang kita fikirkan adalah Taj Mahal, Menara Eiffel atau setidak-tidaknya salah satu dari bangunan karya arkitek ternama, Frank Gehry. Biarpun sedemikian sebenarnya masih banyak bangunan lain yang tidak kurang mengangumkan. Berikut adalah senarai pilihan bangunan-bangunan tercantik di dunia.

 

mezquita de cordobaMEZQUITA DE CORDOBA, CORDOBA, SEPANYOL
Mezquita atau Masjid Cordoba adalah gereja besar yang dahulukalanya merupakan sebuah masjid. Penyelesaian pembangunan kompleks gereja besar memerlukan waktu labih dari dua abad. Pilar melengkung dengan warna belang-belang, mozek yang mempesona, dan lajur-lajur yang tak berhujung pangkal dan terhasil dari batu akik dan marmar adalah beberapa alasan mengapa kita wajib singgah ke tempat ini.

 

 

shwedagon pagoda

SHWEDAGON PAGODA, YANGON, MYANMAR
Tradisi menyumbangkan emas untuk pagoda di abad ke-15 silam memang membuahkan hasil yang memuaskan. Dihiasi ribuan berlian dan batu delima, bahagian luar mehakarya seni yang satu ini tak mungkin dikalahkan. Terkecuali oleh reka bentuk bahagian dalamnya dengan langit-langit yang sangat menarik dan hiasan barang peninggalan kuno Buddha.

 

Majolika HauseMAJOLICA HOUSE, WINA, AUSTRIA
Diskripsi yang tepat untuk bangunan yang satu ini adalah pelik, mencucuk mata dan benar-benar mengagumkan. Dicipta oleh Otto Wagner, Majolica House adalah salah satu karya agung terbaik dari gerakan seni Art Nouveau.

 

 

 

hoover damHOOVER DAM, BLACK CANYON, SUNGAI COLORADO, AMERIKA SYARIKAT (AS)
Empangan yang membatasi negara kawasan Arizon dan Nevada ini adalah sebuah keajaiban dari seni arkitek moden. Bangunan ini terkenal dengan reka bentuk art deco atau dekorasi seninya yang indah dan menekankan kesederhanaan. Tidak hanya penampilan luarnya, bahagian dalam bangunan ini pun amat cantik. Sebabnya, lantai berbahan marmar terazo.

 

opera de arameOPERA DE ARAME, CURITIBA, PARANA, BRAZIL
Tidak seperti bangunan teater pada umumnya, Opera De Arame dikelilingi oleh tiang-tiang besi dan sangat transparensi (lut sinar). Teater ini juga sering menjadi tempat diadakan beberapa pertunjukan drama penting di negara itu. Meskipun sangat indah dikunjungi disiang hari, bangunan ini nyata lebih menakjubkan dengan cahaya lampu-lampunya dimalam hari.

 

 

golden pavilionGOLDEN PAVILION, KTOYO, PULAU HONSHU, JEPUN
Efek dramatik dari dedaunan berwarna emas di sekitar bangunan ini direfleksikan oleh air kolam yang mengelilingi pavilion. Maka dari itulah kolam ini layak digelar Kolam Cermin. Meskipun cukup ‘cerah’ bangunan yang satu ini memberikan suasana yang amat tenteram.

 

 

 

30 TS. MARY AXE30 ST. MARY AXE, LONDON, ENGLAND
Bangunan pencakar langit moden di Kota London ini berbentuk seperti peluru berpandu atau mentimun. Dikala sebahagian orang mengejek reka bentuknya yang pelik, sebahagian lagi terkasima atau tercengang oleh keasliannya. Dengan ukuran tiga kali lebih tinggi dari Air Terjun Niagara, bangunan yang juga digelar The Gherkin ini bukanlah tempat bagi mereka yang takut akan ketinggian.

 

 

Jantar MantarJANTAR MANTAR, JAIPUR, RAJASTHAN, INDIA
Planetarium dari abad ke-17 ini berperanan penting untuk meramalkan peristiwa astronomi mahupun meteorologi di daerah tersebut. Lokasi yang paling mengagumkan adalah alat penunjuk waktu dengan bantuan mataharinya atau disebut juga dengan nama Samrat Yantra.

 

 

twa flight centerTWA FLIGHT CENTER, BANDAR UDARA JOHN F. KENNEDY, QUEENS, NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT (AS)
Terminal bandar raya yang bergaya futuristik karya Eero Saarinen ini sangat rapi dan mengingatkan kita pada filem kartun The Jetsons. Tempat ini juga melambangkan gemerlap kemewahaan perjalanan udara Amerika masa lampau. TWA Flight Center dimasukkan dalam salah satu lokasi pengambilan filem arahan Steven Spielberg berjudul Catch Me If You Can.

 

 

wiblingen abbey libraryWIBLINGEN ABBEY LIBRARY, ULM, PROVINSI BADENWURTTEMBERG, JERMAN
Kemegahan dan kemewahan bangunan bergaya seni Rococo ini berada dalam kategori “Anda harus melihatnya dulu baru boleh percaya.” Bahkan para pengkritik pun mengakui kekaguman mereka dengan perpustakaan yang tenang namun mempunyai “semarak” ini.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.9/10 (17 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +15 (from 19 votes)
10 Bangunan Tercantik Di Dunia, 9.9 out of 10 based on 17 ratings

Carian Maklumat:

  • bangunan tercantik di dunia
  • 10 bangunan tercantik di dunia
  • negara tercantik di dunia
  • 10 negara tercantik di dunia
  • Menara tercantik di dunia
  • tempat tercantik di dunia
  • nama arkitek terkenal di dunia
  • arkitek terkenal di luar negara
  • anything
  • 10 menara tercantik di dunia

1 Comment

  • Ewan Hakimi says:

    many infomation

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 5.0/5 (8 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +9 (from 9 votes)

Leave a Comment

CommentLuv badge