Maklumat Destinasi Bajet

destinasi bajetJangan fikirkan sangat kerjamu di pejabat serta masalah-masalah lain yang sering menghantui kamu. Apa kata kamu ambil masa untuk bercuti dan menenangkan fikiran. Jangan juga terlalu memikirkan sangat soal harga yang perlu dibayar. Kalau kamu pandai mengatur dan menyusun jadual percutian, pastinya harga boleh dikurangkan.

Pertama, tentukan tempat percutian yang hendak dituju. Hal ini penting untuk menentukan anggaran kos percutian. Sesuaikan lokasi percutian ini dengan bajet kamu. Jika kamu dapati bajet kamu tidak mencukupi, apa kata batalkan sahaja niat kamu untuk bercuti ke luar negara. Cari pulau-pulau peranginan di dalam negara yang masih belum lawati. Layarilah laman web di internet yang menawarkan promosi-promosi murah percutian dalam negara.

Kedua, untuk lebih meminimumkan bajet dan perbelanjaan, kamu juga boleh mencari tawaran hebat yang diberi oleh syarikat-syarikat penerbangan dengan harga yang lebih ekonomi.

Ketiga, apa kata kamu cuba pergi ke satu destinasi percutian yang jarang dikunjungi oleh pelancong dan orang ramai.

Keempat, di musim percutian, pihak agensi pelancongan kerap membuat tawaran secara berpakej seperti harga tiket penerbangan digabungkan dengan kos penginapan. Cara ini lebih menjimatkan daripada kamu menempah berasingan.

Mahu yang lebih murah lagi? Cubalah bercuti ala backpackers. Selain lebih jimat ia juga akan membuat percutian kamu lebih berkesan.

Pergilah bersama teman. Cara ini sangat efektif untuk menjimatkan kos semasa percutian, seperti penginapan dan pengangkutan. Mana tahu, jika bercuti beramai-ramai, kamu mampu menyewa kereta untuk berjalan-jalan…

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (8 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +8 (from 8 votes)
Maklumat Destinasi Bajet, 10.0 out of 10 based on 8 ratings

1 Comment

  • whetstine says:

    Hi there very nice blog!! Guy .. Excellent .. Wonderful .. I’ll bookmark your web site and take the feeds additionally?I am glad to find so many useful info right here in the post, we want develop extra strategies in this regard, thank you for sharing. . . . . .

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 5.0/5 (3 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +3 (from 3 votes)

Leave a Reply to whetstine Cancel reply

CommentLuv badge