10 Tanaman Penghalau Nyamuk

Bunga GeraniumBunga Geranium / Tapak Dara
Jenis tanaman ini mengandungi zat yang mudah terbang memenuhi udara sekitarnya. Geranium sangat mudah ditanam baik di pasu atau terus di tanah, kalau di pasu boleh kita pindahkan ke dalam ruangan lain.

Bunga Lavender

 

 

 

 

Bunga Lavender
Tanaman ini yang aslinya adalah dari Pergunungan Alpen di Switzerland. Berwarna ungu dan berkumpul dihujung tangkainya. Tanaman ini biasanya menghiasi padang rumput di kaki pergunungan tersebut yang indah sekali. Tapi nyamuk sangat tidak sukakannya kerana aroma bunga ini membuat nyamuk ‘pening’. Ini kerana bunga ini mengandungi zat linalool dan lynalyl acetate. Kedua zat ini boleh diperolehi dari proses penyulingan hingga boleh dijadikan bahan anti nyamuk.

bunga rosemaryBunga Rosemary
Aroma bunga ini berbau harum seperti minyak talon. Tapi nyamuk tidak sukakannya, ia boleh jadi ‘stress’ dan enggan mendekati. Tanaman ini akan tumbuh baik dibawah sinar matahari dan memerlukan air yang mencukupi. Bunga ini sesuai ditanam dipasu, di atas tanah, di jendela bahkan di pintu. Pelbagai bahagian tumbuhan ini mempunyai bau dan rasa tersendiri, kadang-kadang langu, harum atau manis. Ada di antaranya yang boleh memabukkan tetapi ia ternyata berguna untuk menyahkan nyamuk.

citrosa mosquito

Citrosa Mosquito
Tumbuhan ini adalah musuh nyamuk dan ia sangat menggemari sinaran matahari. Untuk menjaganya cukup mudah dan tidak memerlukan pemerhatian khas, cukup hanya dengan air untuk memapuknya. Apabila disentuh tumbuhan ini mengeluarkan bau lemon yang sangat kuat dan ini akan menghalau serangga. Tumbuhan ini berasal dari Belanda.

bunga mintrosa of lady dianaMintrosa Of Lady Diana
Hampir sama dengan tumbuhan Cintrosa, tumbuhan ini juga sangat dibenci oleh nyamuk. Pemeliharaannya sangat mudah dan biasanya ia dijadikan tanaman penghias rumah. Tumbuhan ini juga mengeluarkan aroma atau bau yang sangat kuat dan tidak digemari oleh nyamuk. Juga berasal dari Belanda jadi ia sukar untuk menemuinya.

marigold

Marigold
Marigold berasal dari Mexico dan Guatemala. Terdapat dua jenis marigold iaitu Tagetes erecta (Africa Marigold) dan Tegetes patula (Dwarf French Marigold). Biasanya bunga ini digunakan untuk ditanam di jalan-jalan tanam. Kedua-dua juga dikenali dengan nama bunga tahi ayam.

kecombrang

 

 

 

Kecombrang
Kecombrang, kantan atau honje (Etlingera eliator; Nicolaia elatior, Phaeomeria speciosa) adalah sejenis tumbuhan rempah dan merupakan tumbuhan yang berbunga, buah, serta bijinya boleh dimanfaatkan sebagai bahan masakan. Bunga ini juga mampu menghalau nyamuk. Nama lainnya adalah siantan ataupun kincung dan orang Thai menggelarnya kaala.

Zodia

 

Zodia
Orang Papua terbiasa menggosok kulit mereka dengan dedaunan tertentu sebelum masuk ke hutan. Tujuannya untuk melindungi dari serangan serangga khususnya nyamuk. Daun-daun tersebut berasal dari tanaman yang digelar zodia (Evodia suaveolens). Zodia ialah tanaman asli Indonesia yang berasal dari Papua.

serai wangi

Serai Wangi
Serai telah dikenal pasti sebagai salah satu bahan yang sering digunakan sebagai bahan masakan tetapi ada manfaat lain yang tidak kurang penting iaitu sebagai tanaman penghalau nyamuk. Tanaman yang termasuk spesis rumput-rumputan ini tidak disukai nyamuk kerana mengandungi zat geraniol dan sitronelal. Ekstrak serai juga telah dimanfaatkan dalam pembuatan losyen penghalau nyamuk dengan aromanya yang tersendiri.

akar wangi

Akar Wangi
Tumbuhan akar wangi dapat mengendalikan populasi nyamuk demam berdarah. Nyamuk demam berdarah kononnya sangat takut menghadapi tumbuhan akar wangi. Bau menyengat yang keluar dari tumbuhan ini cukup untuk mematikan nyamuk jenis ini. Jika kita ingin menghalau nyamuk ternyata tanaman juga boleh dijadikan senjata ampuh, bukan hanya dengan ubat nyamuk bakar atau penyembur. Selain baik untuk kesihatan dan kawasan persekitaran, ia juga cantik untuk dijadikan penghias tempat tinggal.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.8/10 (34 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +20 (from 22 votes)
10 Tanaman Penghalau Nyamuk, 8.8 out of 10 based on 34 ratings

Carian Maklumat:

  • pokok halau nyamuk
  • pokok penghalau nyamuk
  • tumbuhan penghalau nyamuk
  • tanaman penghalau nyamuk
  • penghalau nyamuk
  • serai wangi halau nyamuk
  • tumbuhan halau nyamuk
  • tanaman halau nyamuk
  • pokok nyamuk
  • serai wangi penghalau nyamuk

2 Comments

  • shahara says:

    Tumpang tanya selain tahi ayam… yg mana lagi senang dicari dan senang tumbuh kat cuaca M’sia?

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 5.0/5 (3 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +3 (from 3 votes)
  • Terbaikkkk

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 5.0/5 (2 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +1 (from 1 vote)

Leave a Reply to Saya Benci Kronisme Cancel reply

CommentLuv badge