“Sesungguhnya, al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (Al Israa 19:9).
Al-Quran adalah kitab suci terakhir yang diturunkan Allah bagi umat manusia. Bagi umat Islam, al-Quran adalah pegangan hidup yang akan menghantarkannya menuju kebahagiaan dunia dan akhirat. Seiring perjalanan waktu yang merupakan sunnatullah dalam kehidupan setiap umat manusia, kaum muslimin mulai meninggalkan al-Quran sedikit demi sedikit. Perkara itu telah termaktub di dalam al-Quran, Berkatalah Rasul, ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran itu sesuatu yang tidak ditinggalkan’.” (AlFurqan 25:30).
Ada beberapa bentuk meninggalkan al-Quran. Setiap bentuk memiliki perbezaan kadarnya dengan yang lainnya, sebagaimana telah disebutkan oleh Ibnu Qayyim Al Jawziyah. Adapun bentuk-bentuk meninggalkan al-Quran sebagai berikut.
Pertama. Tidak mahu mendengarkannya, mengimaninya dan memerhatikannya. Perkara itu telah menyelisihi perintah Allah SWT, “Dan, apabila dibacakan al-Quran, dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (Al A’raaf 7:204)
Kedua, tidak mengamalkannya dengan tidak memerhatikan apa yang telah dihalalkan dan diharamkannya walaupun ia membacanya dan mengimaninya. Padahal, dalam ayat yang disebutkan di atas, al-Quran adalah petunjuk kepada jalan yang lurus. Bererti, jika tidak melaksanakan al-Quran, kesesatan menjadi sebuah kepastian.
Ketiga, tidak mahu berhukum dengan al-Quran, baik dalam masalah akidah mahupun yang lainnya. Kemudian, menganggap bahawa al-Quran tidak memberikan keyakinan dan lafaz-lafaznya tidak menghasilkan keilmuan. Allah SWT berfirman, “Dan, Kami turunkan kepadamu al-kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” (Annahl 16:89).
Keempat, tidak merenungkannya, memahaminya dan tidak berusaha untuk mengetahui keinginan Sang Pembicara di dalam al-Quran, iaitu Allah SWT. Firman Allah, “Maka, apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau kiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.” (annisa 4:82).
Marilah kita kembali kepada al-Quran dengan membacanya, mendengarkannya, menelaahnya serta mengamlkannya. Agar kita tidak termasuk dalam salah seorang yang meninggalkan al-Quran.
Meninggalkan Al-Quran,
Leave a Comment