Wanita Dan Lelaki Saling Memerlukan

wanita dan lelaki saling memerlukanJangankan wanita biasa, wanita solehah dan isteri-isteri Nabipun terasa sunyi tanpa lelaki. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan wanita akan resah dan kesepian. Kepada lelakilah wanita memanggil ayahku, suamiku atau anakku. Dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu untuk meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus, ayat jiwang.

Wanita pertama yang dijadikan Allah adalah Siti Hawa, yang pada mulanya tinggal di dalam syurga bersama suaminya Nabi Adam A.S. Kepada Nabi Adamlah Siti Hawa merujuk, mengadu dan bermanja-manja. Allah nikahkan Siti Hawa dengan Adam kerana hanya Adamlah satu-satunya di syurga. Alangkah bahagianya dua insan baru yang diciptakan secara langsung oleh Allah, dinikahkan dan tinggal di dalam syurga yang penuh kesenangan dan kenikmatan.

Dunia akan menjadi kosong tanpa wanita didalamnya, sebagai pasangan lelaki untuk memperkembangkan keturunan. Kelahiran seorang wanita itu memang dinanti-nantikan untuk mengubat kesunyian hati seorang lelaki.

Begitulah Allah memulakan kehidupan seorang wanita, ianya untuk melengkapi kehidupan di dunia ini bagi seorang lelaki, jadinya seorang wanita itu dari tulang rusuk kiri yang bengkok lagi lemah. Oleh itu wanita adalah menjadi teman rapat lelaki yang perlu dipimpin kehidupannya dengan penuh kebijaksanaan dan berhati-hati oleh lelaki. Tulang yang bengkok tidak boleh diluruskan secara kekerasan kerana dikhuatiri akan patah dan tidak pula boleh terlalu lembut hingga ia terus bengkok. Ini kerana lemahnya kejadian wanita, Allah tidak memberatkan dengan tuntutan syariah yang melebihi kemampuannya.

Perempuan adalah sebahagian dari lelaki kerana ia dicipta dari tulang rusuk lelaki sebelah kiri. Ia dikurniakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Kelemahan perempuan kerana menurut naluri dari menggunakan akalnya. Lelaki dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu. Kelemahan lelaki adalah kerana mudah terpedaya dengan godaan perempuan.

Kenapa lelaki ada 9 akal masih tewas dengan godaan wanita? Sebab wanita merupakan penggoda profesional! Lihat fakta sejarah daripada al-Quran atau sekeliling kita. Iblis tak dapat menggoda Nabi Adam supaya makan buah larangan. Tapi bila Siti Hawa memjuk nabi Adam, baru nabi Adam mahu makan buah itu. Anak Nabi Adam bergaduh kerana berebut wanita. Nabi Yahya dibunuh kerana fitnah wanita. Ramai lelaki pergi ke dangdut kerana tarikan wanita GRO. Orang lelaki tambah cawangan lagi satu kerana godaan wanita. Banyak duit lelaki habis kerana wanita. Banyak sebab yang dilakukan di dunia ini oleh lelaki disebabkan oleh wanita.

cara memikat hati lelaki.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.0/10 (12 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +11 (from 11 votes)
Wanita Dan Lelaki Saling Memerlukan, 9.0 out of 10 based on 12 ratings

1 Comment

  • Marcia says:

    Hi to all, how is all, I think every one is getting more from
    this site, and your views are good for new visitors.
    Marcia recently posted…MarciaMy Profile

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 5.0/5 (3 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +3 (from 3 votes)

Leave a Comment

CommentLuv badge