Maklumat Jimat Setiap Bulan

maklumat duitMengawal perbelanjaan memang sukar untuk dilakukan, lebih-lebih jika selama ini kamu gemar berbelanja sesuka hati. Bagaimanapun, itu tidak bermakna kamu tidak boleh melakukannya. Sebaliknya cuba lihat maklumat di bawah, ia mungkin boleh membantu anda.

1. Elakkan berbelanja secara berlebihan. Jangan sesekali bersikap boros dan berbelanjalah mengikut kemampuan seiring dengan pendapatan kamu.

2. Mula menabung dari sekarang. Walaupun nilai atau jumlah tabungan kamu itu sedikit, tetapi ia akan berhasil jika dilakukan secara konsisten.

3. Berusaha untuk memiliki sesuatu dan bertekad untuk memilikinya. Contohnya seperti kereta dan rumah. Dengan tekad dan azam yang kamu miliki, usaha murni kamu itu akan berhasil.

4. Membuat kerja lebih masa. Di usia remaja inilah sesuai untuk kamu lakukan over time atau lebih masa kerana ketika ini kamu tidak terikat dengan mana-mana komitmen.

5. Jangan malu untuk melakukan kerja part-time. Sesetengah remaja malu untuk melakukan kerja part-time seperti bekerja di restoran makanan segera, gerai makan dan sebagainya kerana dikatakan jatuh stantard. Sebenarnya itu semua tidak penting dan jangan sesekali malu untuk berusaha mendapatkan pendapatan yang lumayan.

Maklumat untuk kaya di usia muda

1. Simpan sekurang-kurangnya satu per sepuluh daripada wang saku yang diberi oleh ibu bapa kamu.
2. Kawal perbelanjaan dan elakkan membeli barang yang tidak perlu.
3. Kalau sudah bekerja, buat pelaburan secara tetap, tanpa mengira sama ada pasaran naik atau turun.
4. Mula melabur dari awal dan kamu pasti dapat manfaat daripada pertumbuhan kompaun.
5. Lindungi apa yang kamu miliki melalui dengan mempelbagaikan pelaburan.
6. Dapatkan nasihat profesional dari pakar kewangan bagi menambah sumber kewangan kamu.
7. Sediakan satu pelan bajet harian atau mingguan dan patuhi pelan tersebut.

Selamat mencuba ya!

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (8 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +7 (from 7 votes)
Maklumat Jimat Setiap Bulan, 10.0 out of 10 based on 8 ratings

Leave a Comment

CommentLuv badge