Kelebihan Usahawan Online

usahawan onlineMenjadi seorang usahawan online sememangnya mempunyai banyak kelebihannya. Dalam artikel ini akan berkongsikan dengan anda beberapa kelebihan yang ada apabila anda telah menjadi seorang usahawan online. Semoga perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada anda dalam memajukan lagi diri anda sebagai seorang usahawan online. Ini adalah beberapa kelebihan yang diperolehi jika anda menjadi seorang usahawan online.

Pendapatan Bulanan Kita Yang Tentukan Sendiri
Menjadi seorang usahawan memang tidak sama dengan bekerja dengan orang lain atau kerja makan gaji. Ini kerana jika anda seorang yang bekerja makan gaji, anda mempunyai pendapatan yang sama pada setiap bulan. Ini kerana gaji anda pada setiap bulan telah ditetapkan oleh bos anda berdasarkan kerja yang anda lakukan. Pada setiap hujung bulan anda akan mendapat gaji tetap dari bos anda.

Tapi ia memang tidak sama jika anda seorang yang melakukan perniagaan online sendiri. Sebagai seorang usahawan online anda mempunyai pendapatan yang tidak tetap pada setiap bulan. Ianya bergantung kepada keuntungan yang anda perolehi pada setiap bulan. Jika untung anda besar, maka pendapatan anda pada bulan tersebut adalah besar. Ianya bergantung kepada usaha yang anda lakukan.

Jika anda mendapat banyak untung maka bersyukurlah, jika rugi anda kena usaha lebih kuat lagi. Itulah asam garam dalam dunia perniagaan ada untung dan rugi. Peluang untuk menjana pendapatan yang lumayan adalah tinggi jika anda melakukan perniagaan online sendiri. Pendapatan bulanan seorang usahawan online adalah pendapatan sendiri. Bukannya orang lain yang bagi gaji kepada anda. Ini kerana perniagaan itu adalah milik anda sendiri. Ianya bergantung kepada keuntungan jualan produk yang anda perolehi pada bulan tersebut.

Boleh Menentukan Sendiri Target Keuntungan
Sebagai seorang usahawan, anda boleh meletakkan target sendiri berapakah jumlah pendapatan yang anda mahukan. Jika anda bekerja makan gaji, anda tidak mempunyai hak untuk menentukan brapakah jumlah pendapatan yang anda mahukan pada setiap bulan.

Pada setiap bulan, anda boleh meletakkan target bagi setiap produk yang anda hasilkan. Anda boleh letakkan target berapakah keuntungan yang anda mahu bagi setiap produk-produk anda. Tidak salah meletakkan berapa pun target yang anda inginkan asalkan ianya tidak keterlaluan dan anda rasa mampu untuk dicapai. Anda juga perlu pastikan anda meletakkan target yang sesuai dengan kemampuan diri anda. Jika orang lain boleh maka anda pun boleh.

Sebenarnya jika anda meletakkan target sendiri pada setiap jualan produk anda, ianya akan dapat memberikan semangat kepada anda untuk lebih berusaha gigih bagi mencapai target yang telah ditetapkan. Jika anda berusaha gigih maka sudah pasti anda akan dapat mencapai target yang telah anda tetapkan.

Anda perlu mengawal setiap modal yang anda ingin keluarkan bagi setiap perniagaan anda. Begitu juga dengan keuntungan, anda perlu bijak untuk mengawalnya. Jangan terus ghairah untuk berbelanja berlebihan setiap keuntungan yang anda perolehi. Gunakan keuntungan yang anda perolehi dalam perniagaan anda itu sebagai modal untuk memulakan perniagaan lain pula. Dengan cara ini maka perniagaan anda akan terus berkembang dengan baik.

Tiada Had Untuk Menambah Pendapatan
Pendapatan seorang usahawan adalah tiada had tertentu. Setiap keuntungan yang anda perolehi adalah berdasarkan jualan-jualan dari produk yang anda niagakan. Jika produk anda laris maka keuntungan anda juga akan melipat kali ganda dari biasa.

Anda juga boleh menghasilkan banyak produk jika perniagaan anda semakin berkembang. Inilah cara untuk menambahkan lebih banyak pendapatan anda dengan menghasilkan lebih banyak produk yang boleh dijual. Jika anda ada banyak produk yang boleh dijual, maka pendapatan anda juga semakin tinggi. Tidak salah menjual banyak produk selagi anda mampu untuk melakukan proses pemasaran dan proses jual beli produk tersebut.

Pastikan anda lakukan proses pemasaran yang berterusan. Jangan berhenti melakukan promosi separuh jalan saja. Ini kerana keuntungan jualan sesuatu produk adalah bergantung kepada usaha promosi yang berterusan. Tanpa promosi maka tiadalah jualan yang terhasil nanti. Anda perlu berusaha lebih melakukan promosi untuk meningkatkan keuntungan jualan bagi produk-produk anda.

Satu sikap yang mesti dijauhi oleh seorang usahawan adalah sifat tamak. Sifat tamak adalah satu sifat yang sangat dibenci oleh orang lain. Janganlah terlalu tamak untung mengejar keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan orang lain. Lakukan perniagaan anda dengan sejujurnya supaya orang lain akan lebih mempercayai anda. Insya Allah jika anda jujur dalam perniagaan yang anda lakukan, rezeki anda akan semakin bertambah lagi.

Bekerja Kuat Untuk Diri Sendiri
Antara kelebihan menjadi usahawan anda anda bekerja untuk diri anda sendiri. Anda bukannya bekerja untuk orang lain. Jika anda bekerja makan gaji, anda bekerja kuat macam mana sekalipun, orang lain yang akan dapat keuntungan dari hasil usaha yang anda lakukan. Orang itu adalah bos anda. Gaji anda tetap sama pada setiap bulan. Itupun bergantung kepada bos anda jika bos baik hati dia akan bagi bonus untuk anda.

Apabila menjadi usahawan, anda mempunyai hak ke atas diri anda sendiri. Setiap keuntungan yang bakal anda perolehi anda bergantung kepada usaha kuat yang telah anda lakukan. Anda bekerja kuat bagi membangunkan produk anda supaya orang lain akan mendapatkan produk anda itu. Ini kerana jika anda (tuan punya produk) tidak bersungguh-sungguh dengan produk yang anda hasilkan, mana mungkin pembeli akan yakin untuk mendapatkan produk anda.

Pembeli akan lebih yakin dengan produk itu jika tuan punya produk berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan produk itu. Pastikan juga produk yang anda hasilkan itu berkualiti dan dapat memenuhi keperluan pembeli. Sudah pasti keuntungan yang anda perolehi adalah sangat lumayan jika anda berusaha bersungguh-sungguh dan dapat meyakini ramai pembeli untuk mendapatkan produk anda.

Masa hadapan anda sebagai usahawan adalah bergantung kepada usaha yang anda sedang lakukan pada hari ini. Jika anda bekerja kuat pada hari ini, insyaAllah kehidupan anda masa hadapan akan lebih cerah dan berjaya. Bekerja kuatlah sekarang supaya anda akan memperolehi hasil yang lumayan pada masa hadapan.

Waktu Bekerja Yang Bebas
Anda sudah tentu mahukan kehidupan yang bebas kan? Maksud bebas disini adalah tiada siapa yang akan mengongkong anda dan mengarahkan anda untuk melakukan sesuatu. Anda berhak menentukan sendiri apa yang anda mahu lakukan. Bukan disebabkan oleh orang lain yang hanya tahu menyuruh apa yang anda perlu lakukan.

Sebagai seorang usahawan online, anda tidak mempunyai masa yang tetap untuk melakukan kerja anda. Ini kerana anda boleh melakukan perkerjaan anda itu pada bila-bila masa sahaja yang anda mahukan. Tidak kira nak start awal atau lambat pukul berapa pun, atau nak buat kerja sampai lewat malam pun boleh. Anda sendiri yang menetapkan waktu kerja anda.

Jika anda bekerja makan gaji, biasanya anda telah ditetapkan waktu bekerja mula pukul berapa. Waktu berehat juga telah ditetapkan biasanya pada waktu tengah hari untuk makan tengahari dan solat zohor. Tapi tidak sama jika anda melakukan perniagaan online sendiri, anda mempunyai waktu yang tidak tetap untuk memulakan kerja dan waktu berehat. Ianya ikut suka anda dan anda sendiri yang menentukannya. Kalau datang kerja lambat sudah tentu anda akan dimarahi oleh bos anda.

Itulah yang perlu anda hadapi apabila bekerja dengan orang lain. Tapi ianya tidak sama jika anda melakukan perniagaan online sendiri, walaupun anda bekerja ikut suka anda, tapi tiada siapa yang akan memarahi dan meleteri anda. Itulah satu kepuasan bagi diri anda kerana tidak perlu hadapi orang atasan jika lambat mulakan kerja. Dengan cara melakukan perniagaan online ianya satu keselesaan bagi diri anda sendiri juga.

Persekitaran Kerja Yang Bebas
Persekitaran atau tempat bekerja merupakan satu kelebihan jika anda melakukan perniagaan online sendiri. Ini kerana anda tidak perlulah memiliki ruang pejabat sendiri untuk menjalankan perniagaan anda itu. Anda hanya boleh melakukannya di rumah anda sahaja. Boleh melakukan pekerjaan anda dalam bilik tidur tanpa anda sebarang gangguan dari orang lain.

Persekitaran kerja anda adalah bergantung kepada tempat yang mempunyai talian internet. Ini kerana talian internet adalah perkara yang sangat penting jika anda menjalankan perniagaan online. Ianya boleh dilakukan dirumah jika rumah anda ada talian internet, boleh lakukan kerja kat cyber cafe, restoren yang ada wifi percuma, dan banyak lagi tempat lain asalkan ianya ada talian internet untuk anda melakukan perniagaan online.

Anda boleh pergi bercuti tapi pada masa yang sama anda masih boleh menjalankan perniagaan internet anda. Selagi anda membawa laptop anda dan juga broadband untuk anda online setiap masa walaupun sedang bercuti di tempat lain. Memang seronok waktu sedang bercuti pun ada masih boleh menjalankan perniagaan anda untuk menguruskan proses jual beli produk anda.

Tempat anda bekerja memang sangat jimat kerana tidak perlu membayar kos untuk ruang pejabat sebagai tempat bekerja. Ianya sangat mudah dan anda tidak perlu pening-pening kepada untuk cari tempat kerja yang sesuai. Ianya mengikut pilihan yang anda inginkan di mana anda mahu melakukan pekerjaan anda itu.

Waktu Cuti Yang Bebas
Kelebihan menjadi seorang usahawan online adalah anda boleh memilih untuk bercuti pada bila-bila masa saja yang anda suka. Ini kerana anda sendiri yang menentukan waktu cuti anda bukannya ia ditentukan oleh orang lain. Anda nak cuti lama mana sekalipun ia tiada masalah. Anda tidak sama sekali menyusahkan diri sendiri dan tidak menyusahkan orang lain juga.

Walaupun anda sedang bercuti, perniagaan anda tetap berjalan setiap masa. Ini kerana perniagaan anda tetap berjalan kerana ia diuruskan oleh satu sistem yang dipanggil sistem autoresponder. Sistem autoresponder ini akan bertindak untuk terus melakukan promosi kepada pelanggan anda walaupun anda sedang bercuti. Anda masih tetap boleh berniaga semasa sedang bercuti.

Bercuti juga bagus supaya anda dapat merehat diri dan minda anda seketika dari perniagaan. Dalam perniagaan online, memang ada banyak masalah yang anda hadapi tapi jangan jadikan ia sebagai satu perkara yang akan melemahkan semangat anda untuk terus melakukan perniagaan online tersebut. Ambillah waktu cuti ini untuk berehat seketika dari sebarang masalah.

Peluang bercuti yang anda ambil itu boleh digunakan sepenuhnya untuk menghabiskan masa bersama ahlu keluarga dan rakan-rakan. Anda juga perlu bergaul bersama ahli keluarga dan meluangkan masa bersama-sama mereka. Jangan terlalu fokus melakukan perniagaan online sehingga anda tiada langsung masa untuk bersama-sama dengan orang yang tersayang. Jadikan waktu cuti ini masa berharga untuk dihabiskan bersama-sama dengan mereka.

Sebagai kesimpulan, menjadi seorang usahawan online akan memberi banyak kelebihan kepada diri anda. Dengan kelebihan yang ada ini akan dapat menjadikan kehidupan anda pada hari ini dan juga masa akan datang lebih baik. Jika anda mahu berjaya pada masa hadapan, menjadi seorang usahawan online adalah satu cara yang terbaik kerana banyak kelebihan jika anda bergelar seorang usahawan online. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi motivasi kepada diri anda untuk lebih yakin menjadi usahawan yang berjaya pada masa akan datang.

Untuk mengetahui cara-cara membuat duit, sila klik disini.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.7/10 (24 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +18 (from 20 votes)
Kelebihan Usahawan Online, 8.7 out of 10 based on 24 ratings

Carian Maklumat:

  • kelebihan usahawan
  • kebaikan usahawan internet

2 Comments

  • Sentuhan dalam blog awak buat saya termenung… mungkin simple .. tapi mendalam bagi yg mahu berfikir.. tahniah .. dari peminat tulisan awak 🙂

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 4.8/5 (9 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +8 (from 8 votes)
  • i like your proposal but that are something not complete in your article…thank you so muchhh 😉

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 5.0/5 (6 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +7 (from 7 votes)

Leave a Reply to yang merindui mu... Cancel reply

CommentLuv badge