Si Tembam Yang Sukar Kurus

g00011. Memperhatikan jenis makanan serta minuman yang diambil dan perbaiki menu makan
Pastikan kandungan makanan dan minuman yang diambil memiliki kandungan zat yang baik dan seimbang. Ianya mestilah mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral. Karbohidrat, lemak dan protein akan mengalami metabolisme, dan akan menjadi tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Jika berlebihan, karbohidrat akan disimpan di bawah jaringan kulit, bukan di jaringan otot dalam bentuk glikogen. Begitu juga dengan kandungan lemak, akan disimpan dalam bentuk asid lemak dan kalesterol. Sedangkan protein, biasanya disimpan dalam bentuk asid amino. Untuk itu, kita disarankan agar mengehadkan makanan – minuman dengan kandungan karbohidrat dan lemak tinggi. Sementara makanan – minuman berprotein tinggi ditingkatkan kerana protein (asid amino) merupakan bahan penting dalam proses metabolisme karbohidrat dan lemak.

g12. Mengurangi jumlah makan
Tetapi ingat, mengurangi jumlah makan perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat, jangan lekukannya secara mendadak kerana perubahan tiba-tiba ini akan membuat kamu cepat berasa lapar dan boleh menimbulkan masalah lain, seperti pening dan sesak nafas!

3. Minum air masak
Tahu kah kamu dalam tubuh manusia, 70-80 peratusnya adalah air? Jadi, itulah sebab utamanya mengapa kamu disarankan banyak meminum air masak. Jika kadar air di dalam tubuh kita berada di bawah paras normal, ini bermakna kamu akan mengalami kekurangan air. Selain itu, kita juga digalakkan untuk meminum air masak sebanyak 6-8 gelas sehari.

4. Olahraga
Olahraga diakui membantu untuk menurunkan berat badan. Prinsipnya adalah untuk pembakaran kalori dari timbunan karbohidrat dan lemak yang ada di tubuh. Olahraga yang cukup intensif pada beberapa bahagian tubuh tertentu yang ada timbunan lemak karbohidrat, dapat menghilangkan, dan digantikan pembentukan jaringan oto. Ini bermakna pembentukan jaringan otot adalah lebih baik daripada jaringan lemak. Olahraga harus dilakukan secara rutin, dan jangan memaksa diri.

5. Displin
Jika kita ingin menurunkan berat badan, antara perkara utama yang harus kita tanamkan dalam diri adalah disiplin. Kita perlu lebih berdisiplin dalam melakukan apa jua yang membantu kita agar boleh menurunkan berat badan. Jika tidak berdisplin, sampai bila-bila pun kita tidak akan memperoleh atau mencapai apa yang kita inginkan.

PERHATIAN!
Ada cara lain untuk langsing atau pun mengecilkan perut, selain daripada mengatur pola/menu makan/diet, olah raga dan menyedut lemak, seperti:

  •  Mandi suana – Mangaktifkan suhu tubuh, sehingga sistem metabolisme tubuh turut meningkat dan membakar timbunan lemak.
  •  Karbohidrat yang terdapat di dalam tubuh.
  •  Cara akupuntur – Menekan saraf lapar.
  •  Hipnosis – Mengubah kebiasaan dan pola makan. Bahkan ada juga cara yang disebut pembedahan bypass.
  •  Pengurangan selera makan sehingga makanan yang dimakan tidak banyak dihadamkan dan cepat masuk ke proses pembuangan.
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.9/10 (9 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +7 (from 7 votes)
Si Tembam Yang Sukar Kurus, 9.9 out of 10 based on 9 ratings

Carian Maklumat:

  • maklumat pemakanan

Leave a Comment

CommentLuv badge